“Ya Allah, bolehkah beri peluang terakhir,” – Ramai mengharap kematian, ini kata-kata makan dalam Masitah Affandy

Dari Penulis

Diberi peluang kedua merasai kehidupan dan bernafas di bumi Allah satu nikmat terbesar Masitah Mohd Affandy. Jelasnya, rezeki ini sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, malah tegasnya sisa umur yang ada akan digunakan sehabis baik untuk berbakti.

“Bila Allah rezekikan peluang kedua, sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata. Selalunya kita hanya mendengar cerita orang dan tak dapat betul-betul merasainya. Namun apabila terkena kepada diri sendiri, saya dapat faham perasaan menghargai peluang kedua itu.

“Merasai ambang detik kematian itu, kita hanya mengharapkan peluang kedua agar kita ada rezeki lagi untuk bernafas, berkhidmat untuk orang lain, buat kebaikan dan bertaubat. Dengan peluang kedua yang Allah beri ini saya berharap dapat menjadi manusia yang lebih bersyukur dan tidak sia-siakan usia yang masih berbaki,” kongsinya kepada Wanita.

Usahawan yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan ini juga berkongsi kisah pedoman tentang mengharap kematian bagi mereka yang ditimpa musibah.

“Saya kongsikan sedikit cerita sebagai pedoman semua. Apabila kisah saya tular, saya dapat tahu rupanya ramai dalam kalangan masyarakat kita berharap akan kematian, lebih-lebih lagi buat mereka yang sedang dilanda ujian. Namun ketahuilah kalian apabila kematian datang menjenguk, kalian akan harapkan peluang kedua. Ketika itu barulah kita akan betul-betul menghargai apa yang kita masih ada. Dan sebelum ia datang, gunakan masa sebaik mungkin.

“Saya bersyukur apabila Allah rezekikan untuk mendengar cerita daripada mereka yang Allah hadiahkan ujian. Ia bukan satu beban untuk dikongsi sebaliknya menjadi tarbiah supaya saya lebih bersyukur dengan keadaan diri berbanding dengan ujian orang lain. Rupanya ada orang yang lebih hebat ujiannya,” katanya lagi.

Mengakui tidak mudah untuk terus melangkah terus ke depan, namun jelas wanita yang lebih mesra disapa Mashy ini, kekuatan yang ada dalam diri datang daripada sistem sokongan yang baik daripada keluarga dan teman sekeliling,

“Alhamdulillah saya direzekikan untuk mempunyai sokongan yang kuat daripada suami, keluarga dan kawan-kawan. Bagi saya, sistem sokongan ini sangat penting buat mereka yang melalui ujian dan mungkin akan meringankan sedikit beban emosi yang ditanggung.

“Sewaktu di ambang kematian, secara fizikalnya saya tidak dapat berkongsi, namun daripada segi emosi dan mental saya merasai antara untuk menyerah atau teruskan. Waktu itu yang tertinggal hanyalah mengharap ehsan Allah. Ya Allah, bolehkah beri peluang terakhir?

“Dan waktu itulah Allah datangkan support sistem yang sentiasa ingatkan saya perjalanan masih jauh. Ia jadi satu kekuatan untuk saya terus berjuang,” katanya lagi.

Terdahulu, Mashy yang dahulunya normal namun buta kedua matanya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 Mac lalu iaitu dua hari sebelum Ramadan. Berikutan kemalangan itu, Mashy dirawat selama 24 hari di hospital.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This