Anwar dedah Muhyiddin utamakan baik pulih kediaman berbanding rakyat

Dari Penulis

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa lebih mengutamakan kediaman Perdana Menteri berbanding kesusahan rakyat semasa menggalas tugas mentadbir negara sebelum ini.

Perkara itu didedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kos baik pulih kediaman Perdana Menteri yang sama seperti istana menelan belanja RM38 juta.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut mempersoalkan pemimpin-pemimpin Pas yang didakwa lebih mementingkan isu baik pulih kediaman itu berbanding isu kesusahan rakyat.

Sekarang diam, saya nak tanya ustaz dalam PAS, jawab saya di antara orang tidak cukup makan, orang tidak ada kerja, orang kelainan upaya, orang miskin, kamu pilih baik pulih rumah kamu kenapa…. dan ini suruh anak muda ikut mereka.

“Kalau anak muda tidak faham lagi, jumpa saya… saya ajak tengok Seri Perdana… ini kerja pun tidak, orang bagi RM100 kerja kamu maki orang tiap-tiap hari…buat apa kerja tidak ada,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Baca juga: ‘Sudah 8 bulan, tak nampak Anwar mampu tadbir negara’ – Muhyiddin

Mengulas lanjut, Anwar turut menempelak pemimpin-pemimpin PN yang mengutamakan isu baik pulih Seri Perdana.

Hal itu tegas beliau kerana rakyat sedang mengalami kesusahan semasa tindakan baik pulih kediaman itu dilakukan.

“Nilai dari segi kerja…bukan apa yang mereka pakai, berbaju Melayu, pakai tali leher, pakai kot, berkopiah atau berserban…bila ada kuasa cakap saja tetapi tindakan tidak serupa.

“Jangan cakap saja tetapi tidak buat, bila jadi kerajaan belasah ambil duit, ambil projek… lupakan rakyat yang susah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia ucap tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang tahun penubuhan ke-105

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang...

More Articles Like This