“KALAU pun orang kata baharu lapan bulan, tapi lapan bulan tak menunjukkan satu keupayaan untuk mentadbir negara dengan baik.”
Itu kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sejak penghujung tahun lalu.
Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, segala tadbir urus dan soal dasar yang direncana Anwar hanya dibuat secara umum tetapi tidak jelas.
Malah, beliau turut mendakwa tiada satu pun perancangan dilaksanakan Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Jelas Muhyiddin, perkara itu cukup berbeza semasa beliau menjawat jawatan nombor satu negara itu apabila pelbagai bantuan dan sokongan diberikan untuk rakyat.
“Di ceramah saya pergi banyak tempat, saya minta rakyat beri satu sahaja apa yang Anwar dah buat setakat ini. Tiada orang boleh jawab. Tiada respons jelas.
“Berbanding waktu Kerajaan Prihatin yang saya pimpin dahulu, mereka boleh jawab sampai hari ini. Mereka boleh ingat apa kita buat kerana ketika itu waktu susah dan sekarang pun zaman susah,” katanya kepada UtusanTV baru-baru ini.
Baca artikel berkaitan: Muhyiddin iring Azmin, dua lagi calon PN tiga DUN di Parlimen Gombak
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut mendakwa tidak nampak petanda bahawa Anwar mampu menguruskan negara berdasarkan tatakelola yang terbaik seperti yang sering diungkapkan Perdana Menteri.
Kata beliau, soal kos sara hidup merupakan perkara besar yang sering dibangkitkan rakyat, namun perkara itu didakwa tidak ‘disentuh’ Kerajaan Madani ketika ini.
“Bebanan hidup, pendapatan kecil, harga barang melambung malah tiada harga yang turun.
“Bila saya pergi bertemu rakyat, mereka kata satu sahaja yang turun iaitu hujan tapi harga barang lain semua naik.
“Kalau tak salah dalam kerajaan ada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL). Dengar tak apa cerita NACCOL? Tidak ada,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

