PENAMPILAN terkini penyanyi Masya Masyitah yang tidak lagi bertudung ternyata mengejutkan ramai netizen.
Menerusi entri di Instagram, Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusof,23, dilihat bergaya dengan pakaian berwarna merah jambu sambil bergambar bersama sebuah kereta mewah berwarna sama.
Penyanyi lagu Halimunan itu turut meninggalkan kapsyen yang berbunyi “Fikiran awak perlu lebih kuat daripada perasaan,” tulisnya.
Menerusi pemerhatian URTV di ruangan komen, rata-rata pengikutnya kecewa dengan tindakan Masya yang kini sudah tidak lagi bertudung.
“Serius lah? Patutlah dia tunjuk aurat dia sikit demi sikit. Jaga-jaga adik, dunia ni pinjaman Allah semata-mata.
“Macam biasa, kalau dah mula pakai turban, confirm akan togel akhirnya.
“Awak ingat kalau ‘free hair’ rasa lagi lawa kot. Awak tau dah hukum dan aurat tu, harta dunia tu hanya sementara saja, hanya pinjaman semata. Semoga berubah ke arah yang lebih baik jangan ke arah keburukan.
“Dah agak dah mesti akan ‘free hair’. Tengok dari pemakaian pun dah tahu. Sikit-sikit dia tunjuk,” komen netizen.
Terdahulu, Masya pernah beberapa kali dikritik disebabkan pemilihan fesyennya yang agak pelik.

