Polis sita 5 Lamborghini pandu secara berbahaya dekat SDE

Dari Penulis

Polis telah menyita lima kereta mewah jenis Lamborghini dan membuka kertas siasatan terhadap lima individu yang dipercayai memandu kereta berkenaan secara melulu dan berbahaya di Lebuh Raya Senai Desaru (SDE), Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kelima-lima pemandu berusia 44 hingga 64 tahun itu telahpun diambil keterangan pada hari yang sama dan disaman atas pelbagai kesalahan lalu lintas, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan,” kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung lima pemandu yang memandu melulu dan merbahaya di SDE, dekat Kota Tinggi.

Sebelum ini tular video berdurasi lebih seminit yang memaparkan aksi berbahaya lima pemandu berkenaan yang memandu secara melulu semasa memotong kenderaan lain di lebuh raya, dan semua mereka dipercayai dalam perjalanan dari arah Senai menghala ke Bandar Penawar untuk menghadiri satu program.

— BERNAMA

Monday , 31 July 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This