BANTUAN Khas Penghargaan 2023 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan akan mula dibayar pada 10 Ogos ini.
Pembayaran itu melibatkan RM300 untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah.
Selain itu, Bantuan Khas Penghargaan itu turut melibatkan pesaran kerajaan yang menerima pencen termasuk penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan veteran berpencen serta tidak berpencen sebanyak RM200.
Perkara tersebut dimaklumkan dalam pekeliling ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed kepada semua ketua setiausaha kementerian.
Menurut surat berkenaan, bayaran tersebut layak diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023.
Pada masa sama, pegawai perkhidmatan awam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana termasuk pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service turut layak menerima bantuan berkenaan.
“Bantuan Khas Penghargaan itu juga layak diberikan kepada pegawai yang bercuti bergaji penuh; separuh gaji dan tanpa gaji di samping pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
“BKP 2023 turut dibayar kepada pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 10 Ogos dan telah dilantik sebelum 10 Ogos dengan syarat tempoh kontrak telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
Baca artikel berkaitan: RM300 bantuan khas penghargaan untuk penjawat awam – PM
“Guru interim, pemandu yang dilantik sendiri pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya juga layak.
“BKP 2023 juga akan diberikan kepada pemandu yang dilantik sendiri oleh anggota pentadbiran dan Hakim serta Pesuruhjaya Kehakiman,” katanya dalam surat edaran tersebut.
Surat edaran itu turut memaklumkan, pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 10 Ogos juga layak diberi BKP 2023 sebanyak RM300.
Bagaimanapun, BKK 2023 tidak layak diberikan kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku; dipinjam atau ditukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Gred Khas.
BKP 2023 juga tidak diberikan kepada pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat dalam tempoh 1 Januari hingga 10 Ogos 2023.
“Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dan pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari hingga 10 Ogos 2023 tidak layak diberikan Bantuan Khas Penghargaan 2023.
“Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan juga tidak layak menerima BKP 2023,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

