Bapa buat laporan selepas video anak kena pukul dekat tangga tular

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung video tular yang memaparkan seorang wanita dipukul oleh beberapa individu di tangga sebuah bangunan.

Video penuh klik link di bawah ⬇️

https://t.me/infoutusantv/4

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa pada pukul 10 malam kelmarin.

Pengadu berusia 51 tahun itu mendakwa mangsa telah keluar dari rumah di George Town, Pulau Pinang pada Disember 2022 kerana masalah keluarga.

“Mangsa berusia 24 tahun itu tidak pulang ke rumah dan tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga sehingga kini.

“Malah lokasi kejadian juga tidak dapat dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This