TAN Sri Annuar Musa melihat krisis yang dihadapi UMNO ketika ini semakin tenat menyebabkan ramai pemimpin dan ahli akan keluar dari parti tersebut.
Jelas Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu, beliau juga menjangkakan akan berlaku penutupan cawangan UMNO dek kerana permasalah dalam parti tersebut.
Pernah menggalas tugas sebagai Setiausaha Agung UMNO, Annuar melihat perkara tersebut berlaku kerana ramai sudah hilang keyakinan terhadap pemimpin parti itu.
“Gelombang krisis keyakinan kepada UMNO sudah tiada kerana (segelintir pemimpin) parti itu melakukan banyak kesilapan dan kesalahan.
“Juga terlalu banyak penipuan dan pembohongan sehingga menyebabkan ahli UMNO hilang keyakinan.
“UMNO menghadapi satu krisis yang sangat tenat. Kemungkinan juga akan berlaku penutupan cawangan UMNO.
“Ini menunjukkan bahawa rakyat Kelantan solid bersama PN dan PAS kerana parti ini konsisten walaupun tidak menjadi pemimpin (Kerajaan Pusat),” katanya memetik laporan Berita Harian.
Baca juga: Annuar Musa nasihat Puad, tidak perlu sindir Islam
Mengulas lanjut, Annuar mendakwa lebih ramai pemimpin dan ahli UMNO akan bertindak keluar dari parti itu.
Katanya, pengumuman perkara itu akan dibuat pada 4 Ogos ini yang turut dihadiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
“Kita akan buat pengumuman penting, termasuk pengisytiharan ramai pemimpin dan ahli parti serta mantan Ketua Setiausaha dan bekas EXCO yang akan keluar daripada UMNO.
“Ini bukan saja dalam kalangan pemimpin dan ahli dalam Parlimen Ketereh, malah beberapa kawasan yang lain,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

