EKONOMI Madani: Memperkasa Rakyat dilihat konsisten dengan apa yang cuba dilakukan oleh bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Inisiatif di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memiliki struktur yang baik serta polisi inklusif dalam merancakkan pelan makro sosioekonomi negara.
Perangka dasar DEB, Dr Rais Saniman berkata, Ekonomi Madani juga konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan khususnya melibatkan Perkara 152 dan 153 serta sistem perundangan antarabangsa.
Beliau juga teruja mahu melihat bagaimana ianya mampu mengubah Malaysia menjadi antara negara ekonomi terbaik di Asia, selain mengucapkan tahniah kepada mereka yang bekerja keras di sebaliknya.
Rais menegaskan, Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat tidak boleh dilakukan oleh satu individu sahaja sebaliknya ia memerlukan sokongan semua pihak yang wajib memastikan kejayaan pelaksanaannya.

“Saya merasakan ia merupakan pelan yang komprehensif, tersusun dengan baik untuk jangka masa panjang. Saya sangat kagum dan mahu mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat.
“Ianya konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan…piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pelan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
“Inilah yang Malaysia cuba lakukan sejak zaman Tun Razak, maknanya dasar yang inklusif mengisi sebuah negara bangsa yang memiliki kepelbagaian di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Randau ke-21 bertajuk Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM), hari ini.
Baca artikel lain: Bagaimana Ekonomi MADANI bakal angkat martabat negara, jaga kepentingan semua
Pada masa sama, Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr Hasan Mad berharap, wujud kesungguhan daripada Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan dalam memastikan Ekonomi Madani dilaksanakan dengan berkesan.
Ini kerana beliau bimbang, negara akan terus berada di dalam perangkap ekonomi, pentadbiran lama dan fizikal seperti dihadapi sekarang yang mengganggu progres pertumbuhan serta pembangunan.
Pada masa sama, katanya, hasil daripada Randau ini juga akan dibentuk satu resolusi sebagai deraf dapatan untuk disampaikan kepada kerajaan dalam memastikan pelaksanaan Ekonomi Madani yang dilihat sebagai kompleks berjalan lancar.

“Kita akan serah kepada kerajaan pada masa sama menawar kepada kerajaan untuk menimbangkan mengiktiraf pasukan petugas khas yang MPM tubuh ini sebagai satu tink tank yang dari semasa ke semasa akan kemukakan syor kepada kerajaan.
“Kami mengharapkan kerajaan timbal balik hasrat kami kerana kalau tengok kepada ahli yang hadir hari ini bukan calang-calang, inilah pakar cerdik pandai yang ada di MPM yang komited untuk membantu kerajaan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

