TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dijangkiti virus influenza dan diarahkan berehat di rumah untuk dua ke tiga hari.
Dalam satu video dimuat naik ke Facebook, Mohamad yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau memberitahu terpaksa berehat di rumah dan ‘melupakan’ seketika kempen kerana dikhuatiri menjangkiti orang lain.
Pada masa sama, beliau yang lebih mesra dipanggil Tok Mat turut memohon maaf kepada pengundi dan jentera Barisan Nasional (BN) kerana tidak dapat turun berkempen selama tempoh tersebut.
“Saya minta maaf, saya down kerana influenza, batuk teruk dan demam.
“Doktor nasihatkan saya jangan keluar, takut berjangkit dalam dua, tiga hari ini. Doktor minta saya berehat, minta maaf banyak kepada semua,” katanya dalam video tersebut.
Baca artikel berkaitan: Manifesto PH,BN Negeri Sembilan dimuktamad seminggu ini
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menyampaikan pesanan kepada jentera untuk meneruskan gerak kerja di kawasan yang telah dijadualkan.
“Kepada jentera, teruskan gerak kerja di kawasan-kawasan yang saya berjanji untuk pergi dalam tiga hari ini. Saya tidak boleh nak keluar, saya harap saya boleh jumpa seberapa ramai pengundi setelah sembuh nanti, insya-Allah,” katanya.
Tok Mat yang juga Ahli Parlimen Rembau merupakan penyandang kerusi berkenaan selama empat penggal sejak 2004.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, beliau yang juga Menteri Pertahanan akan berhadapan dengan calon Perikatan Nasional (PN), Rozmal Malakan dalam pertembungan satu lawan satu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

