KOPETRO raikan pemenang kempen ‘Jom Cuti Sakan’

Dari Penulis

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) melalui anak syarikatnya, KOPETRO Travel meraikan 29 pemenang kempen ‘Jom Cuti Sakan’ di Ketumbar by Rathnor, Megan Avenue II, di sini.

Kesemua pembeli bertuah yang terpilih sebagai pemenang turut dijemput hadir ke majlis ini untuk mencabut sendiri pelbagai hadiah berupa pakej percutian dan pelancongan bernilai lebih RM30,000.

Kempen Jom Cuti Sakan yang telah berlangsung pada 1 Mac sehingga 30 Jun yang lalu mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai hampir 300 pelanggan. Kempen tersebut menawarkan peluang untuk pelanggan memenangi pelbagai hadiah menarik apabila mereka berbelanja sebanyak RM1,500 atau lebih bagi mana-mana pakej pelancongan yang ditawarkan KOPETRO Travel.

Antara hadiah menarik yang dibawa pulang oleh pemenang termasuklah pakej percutian ke Bali, Indonesia selama 3 hari 2 malam, pakej pelancongan ke Ho Chi Minh, Vietnam selama 3 hari 2 malam, tiket ke taman tema Sunway Lagoon dan juga pakej-pakej lokasi ikonik yang lain.

Pengerusi KOPETRO, Roslan Abdul Rahim berkata, majlis penyampaian hadiah ini diadakan bagi menghargai pelanggan-pelanggan yang telah memberi sokongan kepada koperasi tersebut dengan mendapatkan pakej pelancongan dan pelbagai servis melalui KOPETRO Travel.

“KOPETRO sentiasa mencari inisiatif untuk menyumbang kepada ekonomi negara menerusi industri pelancongan. Melalui kempen Jom Cuti Sakan dan majlis penyampaian hadiah ini, kami komited untuk memberikan pengalaman percutian terbaik kepada pelanggan kami dan dalam masa sama, menghargai segala sokongan yang diberikan oleh mereka,” ujar Roslan.

Tambah Roslan, yang juga merupakan Pengerusi Federasi Koperasi Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Malaysia Berhad (Fedcoop), KOPETRO Travel yang merupakan salah satu syarikat di bawah Fedcoop sentiasa menjaga hubungan baik di antara koperasi dan bekerjasama untuk meluaskan lagi perniagaan di dalam industri pelancongan dengan menawarkan pakej-pakej yang menarik dan berbaloi untuk dilanggan.

Pada majlis tersebut, Roslan turut mengumumkan bahawa pelanggan kini boleh mendapatkan pakej pelancongan daripada KOPETRO Travel dan juga barangan keluaran KOPETRO yang lain secara dalam talian di PETRONAS Shop melalui link https://bit.ly/43Ouglf.

“Melalui kerjasama bersama PETRONAS Shop, produk KOPETRO kini boleh didapati di laman sesawang PETRONAS Shop. Kami yakin produk KOPETRO yang ditawarkan di PETRONAS Shop ini akan memberi akses mudah kepada Anggota KOPETRO dan orang ramai untuk mendapatkan pakej pelancongan KOPETRO di atas talian, tanpa perlu menggunakan perkhidmatan di kaunter,” tambah Roslan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, berkata, kempen Jom Cuti Sakan yang telah memasuki edisi keduanya ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan dan telah menjana pendapatan yang baik untuk syarikat.

Ahmad Shakir, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO.

“Jom Cuti Sakan adalah satu jenama di bawah KOPETRO Travel yang menawarkan pelbagai promosi percutian hebat untuk pelanggan. Melalui kempen terbaharu ini, KOPETRO Travel telah berjaya menjana jualan sebanyak RM3 juta sepanjang tempoh kempen,” kata Ahmad Shakir ketika ditemui di majlis tersebut.

Tambah Ahmad Shakir, KOPETRO Travel juga akan turut serta di dalam pameran pelancongan MATTA Fair Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 1 – 3 September 2023 nanti di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Beliau menyeru orang ramai mereka yang inginkan pakej percutian dengan tawaran hebat untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan ‘harga runtuh’ di acara itu nanti.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej-pakej percutian yang ditawarkan oleh KOPETRO Travel boleh menghubungi talian hotline di 03-21641577 atau 019-2577847, serta melayari laman web KOPETRO Travel di www.kopetrotravel.com.my.

KOPETRO Travel telah berpengalaman hampir 40 tahun menerajui industri pelancongan negara. Pelbagai anugerah telah berjaya dirangkul sejak syarikat ini ditubuhkan. Antaranya Agensi Malaysia Terbaik Keseluruhan daripada Malaysia Airlines dan Rakan Perdagangan Paling Bernilai oleh Qatar Airways pada tahun 2023.

Sebelum ini, KOPETRO Travel juga diberi penghargaan Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award bagi kategori Riadah – Solusi Percutian dan Pelancongan pada tahun 2022 selain anugerah ‘Annual Million Dollar Award’ daripada Malaysia Airlines.

KOPETRO Travel juga telah dilantik sebagai salah satu agensi pelancongan di bawah agensi antarabangsa iaitu ‘The Advantage Global Network’. Penyertaan ini sekaligus membolehkan para pelanggan KOPETRO Travel mendapatkan pelbagai perkhidmatan pelancongan di seluruh dunia. Selain itu, syarikat ini juga merupakan agensi di bawah International Air Transport Association (IATA) yang diakreditasi.

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

The Mangrove at Carey Circles, destinasi percutian serba lengkap di Pulau Carey

PULAU Carey merupakan sebuah pulau kecil di Kuala Langat, Selangor yang mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak sedar...

More Articles Like This