MAYAT seorang lelaki ditemukan disumbat di dalam karung guni putih dekat tapak stor penyimpanan besi buruk dekat Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisoner A.A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada seorang lelaki pada pukul 1.30 petang.
Beliau berkata, pengadu telah menemui mayat berbangsa tidak pasti itu dalam keadaan terbaring.
“Siasatan mendapati mayat disyaki dibunuh dan dimasukkan ke dalam guni sebelum ditinggalkan di tapak stor tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mayat telah dihantar ke Hospital Serdang bagi tujuan bedah siasat.
Katanya, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis kini dalam usaha mengesan kesemua suspek yang masih bebas.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

