LANGKAH jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia untuk bangkit semula daripada prestasi tidak menentu musim ini berterusan apabila laluan ke final tersekat di separuh akhir Terbuka Australia hari ini.
Selepas tersingkir seawal pusingan pertama dalam empat kejohanan berturut-turut sebelum ini, pemain nombor 17 dunia itu, tewas 19-21, 21-13, 13-21 kepada pemain nomber 24 dunia, Hong Yang dari China dalam perarungan selama 81 minit dfi Arena Quaycentre di Sydney.
Hong Yang akan berdepan dengan pemain India, HS Prannoy di pentas final esok.
Prannoy melangkah ke final dengan menyingkirkan rakan senegara, Priyanshu Rajawat, 21-18, 21-12 dalam satu lagi aksi separuh.
Susulan kekalahan Jia Zia di pentas separuh akhir, cabaran Malaysia berakhir dalam Terbuka Australia selepas pemain perseorangan Ng Tze Yong dan juara bergu lelaki dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di peringkat suku akhir, semalam.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

