PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan Faisal Halim dan mengekalkan penggantungan perlawanan selama sebulan yang telah dijatuhkan kepada pemain sensasi Selangor FC itu.
Perkara tersebut diumumkan FAM selepas mesyuarat Jawatankuasa Rayuan badan induk itu dipengerusikan Datuk Seri Mohammad Mokhtar Mohamad Shariff yang diadakan Jumaa lepast.
Namun, Faisal diberikan kelonggaran untuk kembali turun menjalani sesi latihan bersama skuad Gergasi Merah.
“Membabitkan pemain Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim, penggantungan selama sebulan dari 25 Julai hingga 23 Ogos 2023 adalah dikekalkan.
“Jawatankuasa bersetuju untuk memberi kelonggaran membenarkan Mohamad Faisal kembali turun menjalani sesi latihan bersama Selangor FC berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan beliau dapat mengekalkan tahap kecergasannya sebagai seorang pemain bola sepak,” kata FAM dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, FAM telah menjatuhkan hukuman penggantungan perlawanan selama empat bulan kepada Faisal selepas kenyataan media yang dibuat pemain itu selepas aksi Liga Super menentang Sabah FC pada 27 April lepas.
Bagaimanapun, hukuman penggantungan itu berlangsung sebulan dahulu, bermula 25 Julai hingga 23 Ogos ini, manakala bakinya ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik pemain berusia 25 tahun itu selama setahun bermula 24 Ogos.
Dalam pada itu, Jawatankuasa Rayuan FAM turut menolak rayuan dikemukakan Johor Darul Ta’zim (JDT) berhubung tiga insiden membakar suar yang dilakukan segelintir penyokong kelab itu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

