Empat lelaki rentung kereta terbakar di WCE

Dari Penulis


Empat lelaki rentung dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga di KM220 Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) Arah Utara, dekat Sitiawan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata pihak bomba, menerima panggilan jam 5.11 petang tadi.

“Setibanya di tempat kejadian sebuah kenderaan didapati terbakar dengan lima mangsa, empat mangsa rentung dan seorang selamat,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Beliau berkata kereta itu dipercayai terbabas sebelum terbakar.

Sayani berkata kesemua mangsa merupakan warga tempatan yang bekerja di Lumut dan dalam perjalanan balik ke Ipoh.

Sementara itu mangsa yang terselamat mengalami kecederaan dan dikenali sebagai Shariff Mohammed Sidek Mohammed, berusia 34 tahun.

Ketua Polis Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah dalam kenyataan malam ini memaklumkan mangsa yang maut ialah pemandu kereta iaitu lelaki Cina berusia 56 tahun, penumpang hadapan iaitu lelaki India berusia 50 tahun serta penumpang belakang iaitu dua lelaki Cina masing-masing berusia 45 dan 53 tahun, yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Mereka adalah pekerja kontrak di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut.

Mohamed Nordin juga berkata nahas itu berlaku selepas pemandu hilang kawalan sehingga kereta itu terbabas serta melanggar besi penghadang jalan dan masuk ke dalam longkang di bahu kiri jalan sebelum terbakar.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(I) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Lily Suryana Roslaili di talian 013-655 9693.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan esok.

— BERNAMA

Monday , 07 August 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This