DUA lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian mendera seorang bayi di sebuah rumah dekat Jalan Pandan Indah 1/23C, Ampang Jaya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian daripada seorang doktor di Hospital Ampang pada pukul 8.40 malam, Khamis.
Beliau berkata, pengadu mendakwa telah menerima seorang bayi warga asing berusia tiga bulan yang dibawa oleh ibunya dalam keadaan separa sedar.
“Pemeriksaan mendapati bayi lebam di kepala, pendarahan di mata kanan dan tidak dapat menggerakkan tangan kiri serta kanan.
“Mangsa telah diberi rawatan lanjut dan disyaki didera di rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, dua lelaki berusia 18 dan 20 tahun ditahan polis di sebuah rumah dekat Jalan Pndan Indah pada pukul 1.05 petang tadi.
Pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan bebas dari kesalahan dadah.
Mohd Azam berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan di Mahkamah Majistret Ampang pada pagi esok.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

