MANIFESTO pilihan raya negeri (PRN) yang dibuat Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) Kelantan langsung tidak menyebut tentang masalah air di negeri tersebut, tegas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, manifesto itu secara tidak langsung memberi isyarat bahawa PH-BN hanya mahu mempolitikkan isu air tanpa mengemukakan jalan penyelesaian.
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I berkata, manifesto PH-BN juga adalah seperti manifesto lama.
“BN dan PH selalu sebut masalah besar di Kelantan ialah masalah air. Tiba-tiba dalam manifesto, dia tidak sebut masalah air termasuk apa perancangan, apa usaha, langkah dan program yang nak dibuat untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.
“Jadi sepatutnya itu menjadi keutamaan dalam manifesto mereka. Situ kita nampak. Apa tujuan mereka duk serang dan kritik kerajaan (negeri) dalam isu air,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Baca juga: Senarai bakal calon PRU-15 Perikatan Nasional
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, beberapa janji manifesto PH-BN juga amat mirip dengan inisiatif yang telah dilakukan Pas di Kelantan.
Antaranya, jelas beliau, adalah seperti diskaun tunggakan bil tanah dan penghapusan cukai pintu.
“Diskaun (dikemukakan BN-PH), kita pun ada buat, begitu juga dengan tunggakan bil tanah kita bagi diskaun sehingga 50 peratus.
“Ada juga cukai pintu yang kita hapuskan. Itu kita dah buat dan bukan satu benda baru dengan manifesto mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Amar mengakui bahawa Kelantan sememangnya menghadapi masalah air.
Begitupun, beliau menjelaskan, masalah air di negeri tersebut tidak terlalu serius seperti mana yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.
“Kita tidak pernah menafikan adanya masalah air sama ada di dalam dewan, di luar dewan. Saya mengakui ada masalah air, cuma gambaran yang diberikan oleh musuh politik kita ini melampau.
“Ia seolah-olah satu negeri tidak air, satu negeri air keruh. Kita masalah bantuan kerajaan Pusat dan kita akui ada sumbangan (kerajaan Pusat) tetapi tidak cukup. Contohnya, kita perlu RM2 bilion, tapi dia bagi RM100 juta, RM200 juta. Macam mana nak selesai,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

