Suri rumah didenda RM2,000 hempas telefon, pukul pelajar kolej

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG suri rumah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kajang selepas mengaku bersalah menghempas telefon dan memukul seorang pelajar kolej swasta minggu lalu.

Tertuduh, Chew Soo Li, 51, dikenakan denda RM1,000 bagi setiap satu pertuduhan itu selepas dia mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz, pagi.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, Nik Siti Norazlini mengarahkan agar tertuduh dipenjara selama sebulan bagi setiap pertuduhan.

Mengikut kertas pertuduhan, Soo Li didakwa telah didapati melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan sebuah telefon bimbit jenis iPhone X milik Jocelyn Foo Qai Yen, 20, sehingga menyebabkan kerugian lebih RM25.

Manakala bagi satu lagi pertuduhan, ibu kepada empat orang anak itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa sama.

Kedua-dua kesalahan itu masing-masing didakwa dilakukan di tepi Jalan Sungai Long dan di dalam sebuah kedai serbaneka di Hulu Langat, di sini sekitar jam 2 petang pada 3 Ogos lalu.

Baca artikel lain: SSHP dinaikkan daripada RM360 kepada RM500 per tan metrik, tingkat pendapatan pesawah – PM

Justeru pertuduhan dilakukan masing-masing mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, peguam yang mewakili tertuduh, Priyalatha Sivaprakasam dalam rayuannya memohon agar tertuduh dikenakan hukuman denda yang minima memandangkan anak guamnya bergantung dengan wang simpanan suami yang kini sudah tidak bekerja kerana masalah kesihatan.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim mencadangkan agar tertuduh hukuman yang setimpal agar menjadi pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat secara umum.

“Pendakwaan turut memohon agar mahkamah mengambil kira kecederaan dan kerugian yang dialami oleh mangsa,” katanya.

Mengikut fakta kes, mangsa bersama rakan kolejnya ketika kejadian secara tiba-tiba telah didatangi oleh wanita itu yang meminta tolong untuk meminjam telefon bimbit.

Mangsa bagaimanapun memberitahu tertuduh bahawa telefon bimbit tersebut sedang digunakan.

Susulan itu, tertuduh tiba-tiba bertindak memarahi mangsa sebelum merampas telefon bimbit tersebut dan menghempasnya ke tepi jalan raya sehingga mengalami kerosakan.

Ketika sedang di dalam sebuah kedai serbaneka untuk berbincang, tertuduh bertindak memukul muka mangsa dengan menggunakan sebuah buku.

Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kajang mengesahkan bahawa mangsa mengalami kecederaan ‘soft tissue’ di bahagian kiri pipinya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This