Kecoh ‘meteor’ lintas ruang langit Victoria, Australia

Dari Penulis

PENDUDUK Victoria di Selatan Australia dikejutkan dengan ledakan yang kuat sebelum melihat objek gergasi bercahaya melintasi ruang langit kawasan tersebut pada tengah malam kelmarin.

Memetik laporan 7 News Australia, objek tersebut bergerak pada kadar kelajuan yang perlahan dan membuatkan orang ramai beranggapan ia mungkin meteor.

Orang ramai yang melihat fenomena itu turut berkongsi video di laman sosial dan mendakwa terdapat bunyi letupan misteri yang kuat.

“Ia seperti permulaan gempa bumi tetapi tiada gegaran tanah atau masa lanjutan. Ia menakutkan saya,” kata seorang pengguna Facebook.

Malah terdapat juga individu yang mengatakan fenomena tersebut sangat menakjubkan dan indah untuk dilihat.

“Saya benar-benar terpegun dan terpukau sehingga tidak dapat mengalihkan mata saya,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Menurut Profesor Astronomi Universiti Swinburne, Alan Duffy berkata, penelitian ke atas video objek tersebut dipercayai sampah angkasa lepas.

Malah, Ahli Astrofizik, Dr. Brad Tucker turut menjelaskan mengapa sampah angkasa lepas itu bergerak dalam kelajuan yang perlahan.

“Ia pada dasarnya bermula daripada kelajuan 25,000 kilometer sejam kepada kelajuan yang sangat perlahan. Kemudian wujud ledakan sonik ketika ia masuk. Bunyi letupan kuat tersebut kemudian didengari oleh penduduk.

“Kemudian anda boleh lihat ia berpecah-belah. Objek tersebut adalah buatan manusia jadi apabila masuk semula ke atmosfera bumi, ia menjadi panas dan melerai,” katanya.

Sementara itu, Agensi Angkasa Australia dalam satu kenyataan di laman X semalam mengesahkan cahaya yang dilihat di ruang langit Melbourne itu dipercayai sisa roket Soyuz-2 Rusia yang memasuki ruang atmosfera bumi.

“Roket Soyuz-2 dilancarkan pada awal petang dari Plesetsk Cosmodrome. Menurut pihak berkuasa Rusia, pelancaran itu meletakkan satelit navigasi global ‘GLONASS-K2’ generasi baharu ke orbit.

“Pelancaran ini telah dimaklumkan dan sisa-sisa roket dirancang untuk memasuki semula atmosfera dengan selamat ke lautan di luar pantai tenggara Tasmania.

“Kami akan terus memantau hasil kemasukan semula ini dengan rakan kongsi kerajaan,” ciapnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This