Cuti peristiwa Isnin jika PH-BN menang di Selangor

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENDUDUK Selangor akan menikmati cuti peristiwa pada hari Isnin, 14 Ogos ini sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam amanat khas yang disiarkan di Facebooknya, hari ini.

“Sekiranya gabungan perpaduan di negeri Selangor yang terdiri daripada PH dan BN berjaya memenangi PRN Selangor, esok dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor, kita bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa pada 14 Ogos 2023 iaitu Isnin depan,” katanya.

Sementara itu, Amirudin yang juga calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua berkata, Kerajaan Perpaduan akan melaksanakan lima perkara menerusi tawaran ‘Lima Tekad untuk Lima Tahun Selangor’ dalam tempoh 100 hari selepas menang PRN.

Menurut Amirudin, lima perkara itu termasuk mengharai wanita bekerja dengan pemberian RM1,000 kepada 5,000 wanita bagi mengurangkan kos penjagaan anak-anak dan menaikkan elaun imam, bilal dan siak.

Selain itu, Kerajaan Perpaduan di Selangor juga akan melaksanakan pengecualian cukai pintu untuk rumah kampung dan rumah kos rendah.

Baca artikel berkaitan: Strok haba: Jemaah Menteri perlu bincang cadangan lanjut cuti sekolah – TPM

Pada masa sama, Amirudin memaklumkan, seramai 1,000 mahasiswa negeri Selangor akan menerima baucar buku Kita Selangor bernilai RM200.

Katanya, 500 petani, pesawah dan nelayan akan menerima Insentif Pertanian dan Perikanan Kita Selangor berjumlah RM1,000.

“Saya memohon rakyat Selangor untuk memberikan kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan di negeri ini agar kita boleh meneruskan dan menyambung kestabilan serta kecemerlangan dan usaha bakti ini.

“Keyakinan kita untuk melaksanakan ini semua bukanlah kerana kita angkuh, akan tetapi kerana kita yakin dengan kebijaksanaan rakyat negeri Selangor.

“Kita sedar bahawa untuk mengangkat Selangor dan rakyatnya ke suatu harakat yang lebih gemilang, perlunya kepada suatu kerajaan yang terbukti cekal menghadapi cabaran, terbukti cekap, terbukti tangkas dan terbukti berwibawa mengemudi Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat dan menawarkan solusi kepada perkara dan cabaran yang bakal dihadapi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This