PILIHAN Raya Negeri (PRN) yang akan dilaksanakan di enam negeri, esok disifatkan sangat penting bagi menentukan masa depan rakyat.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, biar pun ada segelintir pihak mengatakan PRN sebagai tidak penting, namun beliau menegaskan ia kritikal bagi membawa suara rakyat.
Katanya, PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) adalah tanggungjawab berbeza yang dipikul rakyat.
Justeru, Muhyiddin menyifatkan, kegagalan keluar mengundi dan memberi kemenangan kepada calon serta parti dalam PRN boleh menyebabkan masa depan rakyat ditentukan pihak yang tidak peka dengan masalah dihadapi.
“Ada yang mengatakan pilihan raya negeri ini tidak penting, lagipun kita baharu sahaja menempuh pilihan raya umum pada lapan bulan sebelum ini. Saya ingin mengingatkan PRU dan PRN adalah dua tanggungjawab berbeza.
“Tambahan pula keputusan umum yang lepas mengingatkan kita untuk tidak leka. Jika kita tidak beri sokongan sedaya upaya kemenangan mutlak kepada calon dan parti dikehendaki, maka masa hadapan kita akan ditentu dan dicorak oleh mereka tidak peka kepada permasalahan segenap lapisan masyarakat.
“Jadi untuk memastikan bahawa anda dapat menentukan masa hadapan yang selari dengan aspirasi anda semua, saya menyeru kepada semua pengundi di enam negeri untuk keluar mengundi beramai-ramai pada 12 Ogos ini,” katanya dalam satu hantaran video menerusi Facebook.
Baca artikel berkaitan: Manifesto Terengganu pada PRN lepas hampir 100 peratus dilaksanakan – Muhyiddin
Mengulas lanjut, Muhyiddin turut mengingatkan semua supaya tidak leka dan mengambil mudah tanggungjawab sebagai pengundi.
Beliau berkata, pengundi perlu membuktikan dengan jelas siapa pilihan dalam PRN kali ini.
“Undi dengan bijak, hati dan pemikiran terbuka, undilah dengan penuh keyakinan bahawa wakil yang anda pilih mampu membawa suara dan aspirasi anda.
“Jangan tunggu lagi, marilah keluar beramai ramai untuk menunjukkan kuasa rakyat. Ajak ibu bapa, pak cik mak cik, jiran anda untuk undi. Mari kita tunjukkan gelombang kuasa rakyat untuk menentukan masa depan yang lebih baik untuk kita bersama, undi dengan yakin dan berani,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

