KERAJAAN Perpaduan yakin mampu menawan lima buah negeri pada pilihan raya yang akan berlangsung esok.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada kajian sikap yang dilakukan dengan memperlihatkan sudah wujud peralihan sokongan.
Ujarnya, bandul pilihan rakyat juga diyakini berubah di Kedah dan Terengganu yang diramal lebih memberat kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kerajaan Perpaduan boleh menjadi kerajaan di lima buah negeri. Lima negeri lain pada pandangan saya agak mudah untuk kita tawan.
“Terengganu dan Kedah merupakan ‘swing state’ maksudnya ia berubah, sekejap pembangkang sekejap Barisan Nasional, begitulah beberapa ketika.
“Kali ini Kedah dan juga Terengganu swingnya itu bergerak ke arah kanan, dengan lain perkataan BN, Pakatan Harapan, Kerajaan Perpaduan boleh memenangi,” katanya.
Baca artikel lain: Malaysia jadi negara hebat Asia jika Kerajaan Perpaduan tadbir lima tahun – PM
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Pelancaran Wakaf 1 Juta Al-Quran, hari ini.
Bercerita tentang Kelantan, Ahmad berserah kepada pengundi di sana dan berharap mereka memberi peluang kepada gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) memperbetulkan keadaan.
“Kelantan ini terpulang kepada pengundi luar daripada Kelantan, pengundi luar yang balik ke Kelantan saya harap mereka fikir banyak kali.
“Selama ini kita difahamkan beberapa kali pilihan raya yang tidak mahu mengubah apa yang berlaku di Kelantan adalah pengundi luar, pengundi dalam Kelantan sudah ingin berubah.
“Kali ini kami mahu menyelesaikan masalah utama antaranya kemiskinan tegar, masalah air, pekerjaan anak muda,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

