Keputusan PRN: Status quo dijangka kekal – Ilham Centre

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

FIRMA penyelidikan bebas, Ilham Centre meramalkan keputusan pilihan raya negeri (PRN) melibatkan enam negeri esok kekal tiga sama.

Ilham Centre dalam kenyataan hari ini memaklumkan, hasil kajian yang dilakukan pihaknya menjangkakan Selangor kekal di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Menurut kenyataan itu, Perikatan Nasional (PN) pula diramal dapat melebarkan pengaruh di Selangor dalam PRN kali ini.

Ilham Centre memaklumkan, undi asas yang dimiliki oleh PH terutama di kalangan pengundi  Cina dan India kelihatan menjadi deposit tetap kepada gabungan parti tersebut. 

“Sokongan bukan Melayu seakan tidak berganjak. Kempen agresif PN menakutkan segmen ini dan data kami menunjukkan pengundi bukan Melayu akan keluar tinggi di Selangor.

“PN kelihatan tepu mencari strategi bagaimana ingin menarik sokongan pengundi bukan Melayu. 

“Sekiranya keadaan ini kekal, PN terpaksa melupakan undi Cina, India sebaliknya terpaksa menumpukan kebergantungan kepada undi Melayu,” jelas Ilham Centre.

Baca juga: Prestasi Kerajaan PH lebih baik berbanding negeri-negeri bawah PN – Ilham Centre

Mengulas lanjut, Ilham Centre memaklumkan, kegagalan mendapatkan undi bukan Melayu secara tidak langsung menyempitkan ruang PN menawan Selangor. 

Katanya, PN perlu memperolehi 70 peratus dan ke atas sokongan Melayu untuk melepasi jumlah undi untuk menang.

Ilham Centre mendapati, PN berpeluang menambah kerusi di DUN bermajoriti Melayu namun tidak berupaya untuk mengambil alih kerajaan negeri.

“Kerusi seperti di anjung utara Selangor terdedah kepada penguasaan PN.

“Kerusi milik PH seperti Sungai Ramal, Morib dan Hulu Bernam. PKR bergoyang di Sementa dan Sungai Kandis. Hulu Kelang kerusi sengit dan sukar dibuat bacaan,” jelas Ilham Centre.

Dalam pada itu, Ilham Centre mendapati, Kedah berada dalam kelas tersendiri dalam PRN kali ini.

Dapat kajian Ilham Centre menunjukkan faktor Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sudah memadai menyekat hasrat BN dan PH untuk merampas negeri tersebut.

Malah, Ilham Centre berpendapat, kesilapan strategi kempen menyebabkan kerusi milik PH dan BN mungkin akan hilang dari genggaman.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This