SEBANYAK 22 peratus telah pun selesai menunaikan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu setakat pukul 10 pagi tadi.
Perkara tersebut dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kemas kini peratusan keluar mengundi setakat pukul 10 pagi.
Sementara itu, Kedah dan Pulau Pinang masing-masing mencatatkan 20 peratus keluar mengundi.
Negeri-negeri lain yang terlibat dengan PRN ini pula masih merekodkan peratusan di bawah 20 peratus.
Selangor mencatatkan 19 peratus sudah keluar mengundi; Negeri Sembilan sebanyak 18 peratus manakala 17 peratus keluar mengundi di Kelantan.
Secara purata keseluruhan, peratusan keluar mengundi bagi keenam-enam negeri adalah sebanyak 19 peratus.
Baca artikel berkaitan: Calon, pemimpin ambil kesempatan mengundi awal pagi
Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pula menyaksikan sebanyak 19 peratus sudah pun keluar mengundi.
Sebanyak 3,190 pusat pengundian mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran sempena PRN di enam negeri dibuka bermula 8 pagi tadi.
Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat mengundi atau saluran sempena PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.
PRN itu melibatkan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan 45 di Kelantan.
PRK Parlimen Kuala Terengganu pula diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

