(RASMI) PRN: DUN Gurun jadi ‘padang’ baharu Baddrol Bakhtiar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS kapten Harimau Malaya, Baddrol Bakhtiar menjadikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun sebagai ‘padang’ baharu apabila berjaya memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini. 

Lebih manis, kejayaan diraih Baddrol yang mewakili Perikatan Nasional (PN) menewaskan anak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul iaitu Firdaus Johari. 

Kerusi DUN Gurun disandang Johari selepas memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. 

Baca artikel berkaitan: Calon ‘heavyweight’ tersungkur dalam PRN kali ini

Baddrol merampas kerusi tersebut apabila memperoleh 17,771 undi dengan majoriti 6,584 undi. 

Firdaus pula hanya berjaya mendapat 11,187 undi. 

Pada PRU-14 lalu, Johari mengambil alih kerusi DUN Gurun daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 4,207 undi. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iran hargai pendirian konsisten Malaysia sokong perjuangan umat Islam

IRAN menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian yang konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam. Penghargaan itu dinyatakan...

More Articles Like This