ANAK bongsu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar dilapor meninggal dunia awal pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan pengendali akaun media sosial bekas pemain bola sepak kebangsaan itu dalam hantaran, hari ini.
“Dukacita dimaklumkan anak bongsu YB Baddrol Bakhtiar telah kembali kerahmatullah lebih kurang pukul 3.15 pagi ini.
“Jenazah masih di hospital dan akan dibawa ke Masjid Taman Ria, Sungai Petani.
“Doakan semoga mereka sekeluarga tabah dan dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Bapa Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Namun begitu, hantaran itu tidak memaklumkan punca kematian anak bongsu Baddrol itu.
Difahamkan anaknya iaitu Muhammad Darwisy yang berusia setahun mempunyai masalah kesihatan berkaitan jantung sejak lahir.
Muhammad Darwisy merupakan kembar kepada Dhiya Dinara.
Baddrol dan isteri, Nur Izyan Mustafa Khalid, 37, mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu Dhiya Delisha, 9, dan Dhiya Daniya, 4.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

