KETIKA dunia bola sepak tempatan semakin hangat dengan perpindahan pemain-pemain tempatan dan import untuk baki saingan kedua Liga Super, peminat bola sepak Sabah hari ini dikejutkan dengan pengumuman Baddrol Bakhtiar akan meninggalkan kelab itu.
Sabah FC melalui kenyataan di media sosialnya menyatakan keputusan tersebut diambil atas persetujuan bersama kelab dan Baddrol atas sebab-sebab yang belum dapat diumumkan.
“Sabah Football Club dengan ini mengumumkan bahawa Baddrol Bakhtiar akan meninggalkan peranannya sebagai Ketua Pasukan dan tidak lagi bersama pasukan sepanjang baki saingan Liga Malaysia musim ini.
“Keputusan ini diambil melalui persetujuan bersama Baddrol Bakhtiar, atas sebab yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata kelab itu dalam kenyataan tersebut.
Kenyataan itu berkata, jasa Baddrol akan sentiasa dikenang selepas menjadi legenda di Sabah FC dengan memberikan segala komitmen, dedikasi, semangat dan motivasi yang diberikan sepanjang bermain bersama Sabah FC dan seterusnya menerajui Sabah ke AFC Cup 2023.
“Dengan keseluruhan 41 penampilan dan 13 gol, tempatnya dalam sejarah kelab akan sentiasa terjamin. Nama Baddrol Bakhtiar juga akan terpahat sebagai lagenda di Arena Bolasepak Malaysia
“Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan kejayaan dalam apa jua bidang yang beliau ceburi. Kami sentasa mengalu-alukan Baddrol Bakhtiar kembali ke Sabah FC sebagai keluarga pada masa hadapan,” kata kelab itu.
Sementara itu, sebuah portal bola sepak menyatakan terdapat desas desus yang bekas pemain Kedah itu akan kembali ke negeri kelahirannya selepas meninggalkan Sabah.
Bagaimanapun, Baddrol dijangka akan terlibat dengan satu acara besar yang bakal melanda Kedah serta lima lagi negeri yang lain pada Ogos ini, memetik laporan portal Semuanyabola.com.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

