SEBANYAK tiga nama calon Menteri Besar Kelantan akan diserahkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) diketahui malam ini.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob selepas pimpinan tertinggi Pas memutuskan akan merubah Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Menurut beliau, pemilihan calon Menteri Besar itu akan diputuskan Abdul hadi sebelum dipersembahkan kepada Sultan Kelantan.
“Selepas semua calon kita dapat, biasanya kita akan hantar nama dan presiden akan buat keputusan sebelum persembahkan kepada Tuanku Sultan.
“Ini semua selepas keputusan PRN diumumkan malam ini, dapat berapa kerusi, di mana (calon DUN) yang harus kita ambil, biasanya tiga calon atau lebih.
“Selepas semua calon kita dapat, biasanya kita akan hantar nama dan presiden akan buat keputusan sebelum persembahkan kepada Tuanku Sultan.
“Ini semua selepas keputusan PRN diumumkan malam ini, dapat berapa kerusi, di mana (calon DUN) yang harus kita ambil, biasanya tiga calon atau lebih,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Baca juga: Ahmad Yakob mohon undur diri kerana uzur – Abdul Hadi
Mengulas mengenai perubahan pimpinan di Kelantan, Ahmad memaklumkan yang beliau sememangnya sudah menyuarakan perkara tersebut terhadap kepimpinan tertinggi Pas.
Katanya, hal itu memandangkan beliau mengalami masalah kesihatan dan sanggup melepaskan jawatan tersebut.
“Saya sentiasa mengalami keuzuran dan sudah dua kali jatuh, mungkin ada ‘slip disc’ sikit dan masalah jantung.
“Maka saya suarakan kalau boleh tak mahu jadi MB lagi sebab faktor umur dan kesihatan. Dah maklum lama dah kepada presiden (PAS) dan sahabat sendiri,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

