Ahmad Yakob mohon undur diri kerana uzur – Abdul Hadi

Dari Penulis

PAS melakukan perubahan ke atas jawatan Menteri Besar Kelantan selepas Datuk Ahmad Yakob berhasrat untuk melepaskannya atas alasan uzur.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pada masa sama, sudah tiba waktu parti melakukan perubahan untuk memberi peluang kepada pemimpin baharu memimpin negeri itu.

“Menteri Besar mengundurkan diri kerana uzur bahkan dulu pun beliau minta merayu supaya tak dilantik (tetapi) kita minta lagi desak dan masa tengah-tengah bertugas pun dia minta (mengundur diri), (beliau) memang keuzuran, berapa kali masuk hospital kena rawatan.

“(Jadi) kali ini, kita pertimbanglah (kerana) kasihan kepada beliau dan (beliau) masih lagi menjadi wakil rakyat memberi sumbangan.

“Kita mahu supaya semangat baharu di Kelantan, ada perubahan dan sebab itu timbalannya juga diubah (dan) tidak ada (apa-apa isu) memanglah lama sangat memerintah 30 tahun, bila lama macam ini letihlah orang yang jalan tugas itu, mesti kena buat giliran,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Ahmad Yakob disahkan tak lagi mahu galas tugas sebagai MB

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Rusila, hari ini.

Abdul Hadi juga berkata, pertukaran dua jawatan itu juga bergantung kepada perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

“Menteri Besar (dan) timbalan ada pertukaran (tetapi) pengumuman itu bergantung kepada persetujuan Tuanku kerana perlantikan kerajaan ini membabitkan Tuanku, parti dan rakyat.

“Keputusan rakyat tak tahu lagi, lepas daripada rakyat (mengundi), parti sudah ada calon pun dan kita (akan) kemuka pada Tuanku dan perbincangan dengan Tuanku pun berlaku, Insya-Allah.

“Insya-Allah, (dua calon ini) diterima oleh Tuanku, diterima oleh rakyat,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This