Zikir Terapi bakal bergema di Zepp Kuala Lumpur, tiket sudah mula dijual

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BUAT pertama kalinya, sebuah acara zikir berskala besar akan diadakan di pentas berprestij Zepp Kuala Lumpur pada 16 September ini.

Konsert Mega Zikir Terapi yang berkonsepkan spiritual dan hiburan ini dianjurkan oleh Niyat dan mendapat sokongan Geran Dana Kandungan Digital oleh My Creative Venture serta Kementerian Komunikasi Digital (KKD) dan mendapat penaja utama iaitu Cinta Gaza Malaysia.

Menurut pengarah konsert, Dr. Fitri Haris, objektif utamanya adalah untuk memperkenalkan bahawa muzik itu luas dan jika di dalam muzik itu di bawakan mesej-mesej yang baik dan murni.

“Saya yakin muzik itu akan menjadi lebih bermakna terutama kepada kita amnya dan anak-anak pewaris bangsa khasnya.

“Konsert ini juga akan mendapat sentuhan pengarah susunan Seni suara iaitu Hafiz Hamidun yang sangat sinonim dengan zikir terapi serta pernah memenangi Susunan Vokal terbaik dalam lagu di dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia.

“Kelebihan daripada alunan zikir ini juga satu terapi yang mempunyai kaitan dengan psikoterapi. Penonton akan dibawa ke satu dimensi dan menikmati satu pengalaman luar biasa.

“Saya berharap konsert ini dapat memberi impak dan mencipta momen ketenangan yang menyentuh serta membangkitkan jiwa,” kata Fitri.

Sehubungan itu, konsert ini juga akan diiringi oleh persembahan muzik live band daripada kumpulan Chaan dan Leman band yang menggabungkan elemen-elemen tradisional, moden dan fusion.

Walaupun zikir kebiasaannya di anggap suatu bahan amalan yang berat untuk di pentaskan, penonton di sarankan untuk hadir bagi merasai dan menjadi saksi bahawa penggabungan bunyi dan mesej jika di bawa dengan unik dan indah, ianya akan memberi pengalaman yang luar biasa buat para penonton.

Antara artis-artis tanah air yang akan menjayakan konsert ini termasuklah Lan solo, Zehra Zambri, Aniq Muhai, Dr. Fitri Haris, Hafiz Hamidun, Fedtri Yahya, Ustaz Tarmizi, Ustazah Sofiza, kumpulan Rabithah dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Konsert Mega Zikir Terapi. Tiket boleh dibeli menerusi laman web http://t2u.asia/e/32067.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This