PH menang di Selangor, gabungan dengan BN mampu bentuk kerajaan di Negeri Sembilan

Dari Penulis

PAKATAN Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerajaan negeri di Selangor, manakala tiada parti berjaya memperoleh kerusi majoriti di Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, setakat 10.50 malam ini, PH memenangi 29 kerusi daripada 56 kerusi yang dipertandingkan dan berjaya memperolehi majoriti melebihi 50 peratus daripada kerusi yang dipertandingkan.

Sementara itu di PRN Negeri Sembilan, katanya, PH berjaya mendapat 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) mendapat 14 kerusi dan Perikatan Nasional menang lima kerusi.

“Sehubungan itu, tiada mana-mana parti berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan,” katanya dalam satu sidang akhbar yang disiarkan di televisyen malam ini.

Bagaimanapun, berdasarkan kerjasama Kerajaan Perpaduan sebelum ini, PH dan BN dijangka akan membentuk kerajaan negeri secara bersama.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This