PN menang 43 dari 45 kerusi di Kelantan, MB baharu angkat sumpah Selasa ini

Dari Penulis

MENTERI Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad yang memegang jawatan itu sebelum ini berkata ia susulan PAS dan Bersatu berjaya membentuk kerajaan negeri, selepas menang 43 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Insya-Allah kita akan berbincang malam ini (12 Ogos), selepas dapat semua keputusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kita jangka angkat sumpah Menteri Besar Kelantan pada 15 Ogos ini, namun ia bergantung kepada keadaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan PRN di Pejabat Penerangan PAS negeri, di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan Kelantan yang ditadbir PAS, dijangka memiliki gabungan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar yang baharu, selepas PRN ini.

Keputusan PRN menyaksikan PAS menang 38 kerusi, manakala rakan gabungannya iaitu Bersatu meraih lima kerusi.

Dua lagi kerusi iaitu DUN Galas dimenangi Barisan Nasional (BN), manakala Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi DUN Kota Lama yang sebelum ini disandang oleh PAS.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tiga lelaki warga asing ditahan kes curi dan dadah

TIGA lelaki warga asing ditahan dalam dua operasi berasingan yang dijalankan Strike Team Balai Polis Tawau selepas dipercayai terbabit...

More Articles Like This