Peguam Negara perlu failkan rayuan pendakwaan ke atas Muhyiddin – Isham Jalil

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil menggesa Peguam Negara untuk memfailkan rayuan pendakwaan ke atas ke Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Persekutuan.

Perkara itu menurut Isham kerana, alasan pembebasan Muhyiddin dilihat tidak relevan dan akan menyebabkan rasuah lebih teruk berleluasa dalam negara.

Isham juga menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan alasan pembebasan Muhyiddin iaitu tidak menyalahi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Fakta tuduhan yang diberi oleh SPRM ialah Muhyiddin telah meminta rasuah lebih RM200 juta di Pejabat Perdana Menteri dari tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd; Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd.

“RM195 juta telah masuk ke akaun parti Bersatu dari Bukhary Equity sebelum pilihanraya umum tempohari. Sebab pembebasan yang diberi oleh mahkamah adalah ini kononnya tidak salah mengikut Akta SPRM.

“Ini amatlah pelik. Kalau begini, adakah apabila sesiapa jadi Perdana Menteri atau menteri selepas ini maka mereka boleh meminta rasuah dari kontraktor atau syarikat berjumlah beratus juta dari projek kerajaan di mana sumber dana adalah wang rakyat dan hasil cukai, asalkan mereka masukkan ke akaun parti politik mereka?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga: Mahkamah Tinggi lepas, bebas Muhyiddin empat tuduhan salah guna kuasa RM232.5 juta

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi telah melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu.

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu setelah mendapati keempat-empat pertuduhan tersebut adalah kabur, cacat dan tidak berasas kerana ia tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.

Mengulas lanjut, Isham menegaskan, rakyat Malaysia membayar cukai bukan untuk para menteri menerima rasuah bagi kegunaan parti politik masing-masing.

Katanya, rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun parti politik adalah untuk kepentingan peribadi, bukan untuk kepentingan awam.

“Bila kena pada UMNO dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semua salah, ada bukti baru pun mahkamah tolak. Bila kena pada parti lain semua okay. Rasuah RM200 juta pun boleh masuk dalam akaun parti tak mengapa. Apa nak jadi negara ini?,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This