Subsidi tiket penerbangan untuk pelajar universiti boleh disemak hari ini

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PELAKSANAAN inisiatif inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik
antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telah bermula hari ini.

Kementerian Pengangkutan menerusi kenyataan media petang tadi memaklumkan, para pelajar universiti awam boleh membuat semakan
kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan (https://subsidiudara.mot.gov.my/).

Jelas kenyataan tersebut, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines.

Kementerian Pengangkutan memaklumkan, ia juga termasuk MASwings, FireFly, AirAsia, Batik Air dan MYAirline yang dipilih oleh pelajar melalui laman sesawang syarikat penerbangan tersebut.

“Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing.

“Buat masa ini, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023,” jelas Kementerian Pengangkutan.

Baca juga: Subsidi tiket penerbangan ringankan beban pelajar pulang

Mengulas lanjut, Kementerian Pengangkutan memaklumkan, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.

Jelas kenyataan itu, sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan
boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

Katanya, walaupun tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

“Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, bantuan ini adalah salah satu initiatif Kerajaan Perpaduan untuk mengeratkan hubungan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan di samping menangani isu kos sara hidup selaras dengan aspirasi Malaysia Madani,” jelas Kementerian Pengangkutan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This