SEBUAH ambulans yang membawa pesakit sudah meninggal dunia terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 1 Jalan Cukai-Air Putih, Kemaman, pukul 10.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pesakit terbabit merupakan seorang pesara guru berusia 55 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan sebelum kemalangan berlaku.
Katanya, ambulans itu dalam perjalanan dari Seberang Tayor ke Hospital Kemaman.
“Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi yang dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun dalam perjalanan dari Telok Kalong ke Bengkel Batu 2 1/2.
“Ketika pemandu Mitsubishi membelok ke kanan jalan semasa lampu isyarat bertukar hijau secara tiba-tiba sebuah ambulans datang dari simpang kanan dan melanggar di bahagian belakangnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ekoran kemalangan itu, ambulans tersebut terbabas dan terbalik secara mengiring di sebelah kanan.
Jelasnya, pemandu Mitsubishi dan penolong pegawai perubatan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara pemandu ambulans mengalami luka kecil pada lengan kiri.
Hanyan berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua kenderaan terlibat mengalami kerosakan.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

