DATUK Seri Amirudin Shaari menegaskan bahawa kenyataan 200 sekolah agama akan ditutup yang dimuat naik di media sosial merupakan fitnah
Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua berkata, beliau telah memberi penjelasan mengenai perkara tersebut pada Julai lalu.
Julai lalu, Amirudin menegaskan tiada satu pun notis merobohkan mana-mana sekolah agama persendirian dikeluarkan pentadbiran negeri seperti dakwaan pihak tertentu.
Sebaliknya, Kerajaan Negeri berusaha menambah baik garis panduan pusat pendidikan agama bagi memastikan tahap keselamatan murid terjamin.
Usaha berkenaan dibuat berasaskan titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berikutan tragedi kebakaran pusat tahfiz pada 2018 yang meragut 23 nyawa dan mencederakan lima murid.
Baca juga: (RASMI) PRN: Amirudin menang selesa di Sungai Tua
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, kerajaan negeri mengambil langkah sejak 2019 bagi membangunkan Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor melibatkan 416 buah sekolah.
Beliau berkata, usaha itu dilakukan berasaskan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang gusar dengan peningkatan kejadian malang menimpa sekolah agama itu termasuk tragedi kebakaran yang meragut 23 nyawa dan mencederakan lima murid pada 2018.
Menurutnya, usaha murni yang dilakukan kerajaan negeri telah mendapat dokongan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dianggotai oleh 478 institusi sekolah agama persendirian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

