SEKURANG-kurangnya 10 disahkan terkorban selepaa sebuah sebuah pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie, Bandar Elmina dekat Shah Alam, petang tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pesawat terbabit dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Subang pada pukul 2.50 petang.
“Bagaimanapun, pada pukul 2.48 petang, dua min sebelum pesawat yang membawa lapan lelaki warga tempatan itu telah hilang kawalan sebelum terhempas,” katanya dalam sidang media yang diadakan di lokasi kejadian.
Pesawat itu berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Jelasnya, pesawat tersebut juga telah merempuh sebuah motosikal dan kereta yang berada di lokasi kejadian.
Beliau berkata, pemandu kereta dan penunggang motosikal terbabit juga dipercayai telah meninggal dunia.
“Anggota bomba telah tiba di lokasi kejadian dan proses pemadaman kebakaran mengambil masa selama 10 minit,” ujarnya.
Hussein berkata, siasatan juga dijalankan di lokasi kejadian bagi tujuan pengecaman.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

