3,000 peserta meriahkan program Jamboree pacuan empat roda

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SERAMAI 3,000 peserta memeriahkan program Jamboree peminat pacuan empat roda (4×4) pada 6 Ogos lalu.

Pengarah Program, Khairul Badri Abdul Basit berkata, para peserta itu terdiri daripada 135 kelab 4×4 seluruh Semenanjung.

Bekas Adun Nengiri, Ab Aziz Yusoff (kiri) bersama Pengarah Program, Khairul Badri Abdul Basit melepaskan peserta-peserta pada program Jamboree pacuan empat roda (4×4) 2023 di Sungai Lebir, Gua Musang, baru-baru ini.

Julung kali diadakan, beliau berkata, program tersebut berlangsung di Sungai Lebir, Gua Musang selama tiga hari dua malam.

“Hampir seribu kenderaan pacuan empat roda menyertai jambori kali ini dengan hampir 3,000 peserta. Di tapak perkhemahan seluas lebih 20 ekar, pelbagai aktiviti disediakan untuk setiap peserta menyertainya. 

“Pelepasan konvoi ini melibatkan 100 buah kenderaan 4×4 sebagai simbolik permulaan aktiviti jambori diadakan,” katanya dalam kenyataan.

Sebahagian daripada peserta mempamerkan kemahiran mengawal kenderaan pacuan empat roda (4×4) ketika menyertai pertandingan kategori Long Wheel Base, Short Wheel Base dan Lite Core Challenge pada program Jamboree pacuan empat roda (4×4) 2023 di Sungai Lebir, Gua Musang, baru-baru ini.

Baca juga: Pelajar tingkatan satu cedera parah, perut tertusuk buluh

Mengulas lanjut, Khairul Badri berkata, tujuan utama program itu diadakan bagi merapatkan ukhwah antara peminat 4×4 dengan tema ’Satu Semangat, Satu Suara’. 

Katanya, program itu juga menerapkan keakraban antara setiap peserta agar dapat berkembang dengan lebih besar. 

Ahmad Arsidi Abdullah,39, (kiri) berkongsi kegembiraan dengan rakannya, Sukhairi Abdul Wahab,51, selepas memenangi kategori Long Wheel Base keseluruhan pada program Jamboree pacuan empat roda (4×4) 2023 di Sungai Lebir, Gua Musang, baru-baru ini.

“Selama seminggu, lebih 100 petugas berkampung di tapak perkhemahan bagi memastikan persiapan rapi dilakukan agar program dapat berjalan dengan lancar. 

“Aktiviti utama yang dianjurkan dan dinanti oleh setiap peminat ialah Challenge GPX4 iaitu sukan cabaran lasak kenderaan pacuan empat roda yang memerlukan setiap peserta melalui enam laluan ‘Special Stage’ yang mencabar. 

Sebahagian daripada peminat kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang hadir menyertai program Jamboree pacuan empat roda (4×4) 2023 di Sungai Lebir, Gua Musang, baru-baru ini.

“Teknik pemanduan dan kecekapan setiap peserta melepasi setiap halangan yang berbeza-beza serta mencabar berdasarkan masa yang ditetapkan menjadi kriteria utama untuk memilih pemenang. 

“Setiap kenderaan perlu menghantar dua peserta iaitu pemandu dan pembantu yang perlu bekerjasama bagi melepasi setiap halangan. Dua kategori dipertandingkan iaitu ’Short Wheel Base’ (SWB) dan ‘Long Wheel Base’ (LWB),” katanya.

Pasukan Trekker 4×4 Venture bergambar bersama ahli keluarga selepas memenangi kategori keseluruhan pertandinga pada program Jamboree pacuan empat roda (4×4) 2023 di Sungai Lebir, Gua Musang, baru-baru ini.
Sebahagian daripada peserta mempamerkan kemahiran mengawal kenderaan pacuan empat roda (4×4) ketika menyertai pertandingan kategori Long Wheel Base, Short Wheel Base dan Lite Core Challenge pada program Jamboree pacuan empat roda (4×4) 2023 di Sungai Lebir, Gua Musang, baru-baru ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This