Nahas Elmina: Kerajaan Pahang salur bantuan kepada keluarga mangsa – MB

Dari Penulis

KERAJAAN Negeri Pahang akan menyalurkan bantuan atau membiayai sebarang kos termasuk urusan pengebumian kepada keluarga mangsa nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie dekat Bandar Elmina, Shah Alam, petang tadi, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Apa sahaja kos untuk pengurusan mayat dan pengebumian jenazah, Kerajaan Negeri Pahang akan tanggung. Semua mangsa nahas (penumpang pesawat serta dua orang awam yang meninggal dunia) kita boleh tanggung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini malam ini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Seri Johari Harun antara yang berada dalam senarai penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di Shah Alam, kira-kira 2.50 petang tadi.

Loke berkata turut tersenarai ialah dua juruterbang Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim, serta lima penumpang lain iaitu Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.

Katanya identiti dua lagi orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang terlibat dalam insiden berkenaan akan disahkan melalui siasatan polis. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hakim tak sihat, keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai

KEPUTUSAN rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung empat pertuduhan kes pecah...

More Articles Like This