Bakar al-Quran, Kedutaan Malaysia di Sweden keluar amaran perjalanan

Dari Penulis

KEDUTAAN Malaysia di Sweden mengeluarkan amaran perjalanan untuk rakyat Malaysia yang tinggal atau melawat negara itu sebagai tindak balas terhadap peningkatan amaran keganasan ke tahap kedua tertinggi baru-baru ini.

Keputusan itu susulan rentetan penghinaan umum terhadap al-Quran, yang telah mencetuskan protes di pelbagai negara Islam dan ancaman daripada kumpulan militan.

Kedutaan melalui nasihat yang disediakan dalam akaun twitternya, menasihatkan rakyat Malaysia supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada pada sepanjang masa. Sekiranya berlaku kecemasan, individu digesa untuk menghubungi talian 112 untuk mendapatkan bantuan.

“Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Stockholm bagi memudahkan perkhidmatan komunikasi dan konsular,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Malaysia kecam tindakan menghina al-Quran – Wisma Putra panggil Duta Sweden

Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm boleh dihubungi di talian berikut: Alamat: Karlavagen 37, 114 31 Stockholm, Sweden, Telefon: + 46 8440 8400/+46 73 536 9152 atau E-mel: [email protected].

Media antarabangsa telah melaporkan bahawa Perkhidmatan Keselamatan Sweden, yang dikenali sebagai SAPO, menaikkan “tahap ancaman keganasan” kepada peringkat tinggi iaitu keempat daripada lima tahap, buat kali pertama sejak 2016.

Tindakan itu mencerminkan kebimbangan Sweden bahawa pembakaran al-Quran secara berulang pada tahun ini oleh segelintir aktivis anti-Islam telah menjadikan negara Scandinavia itu sebagai sasaran utama pelampau Islam.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This