UMNO Sabah berhati-hati, hanya kerjasama dengan parti hormati janji

Dari Penulis

UMNO Sabah mengambil sikap untuk menjalinkan kerjasama dengan parti yang menghormati janji menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan, pihaknya juga akan lebih berhati-hati dalam bekerjasama dengan parti lain.

Menurut Bung Moktar, gabungan dengan parti lain sebelum ini telah memberi pengajaran kepada UMNO Sabah untuk lebih matang menjalinkan kerjasama.

Beliau berkata, proses kerjasama dengan parti lain itu bagaimanapun bergantung kepada keadaan politik semasa.

“Kita akan bekerjasama dengan parti politik yang menghormati perjanjian satu sama lain dan memberi manfaat kepada UMNO dan Sabah.

“Kita juga akan melihat rakan-rakan yang ada kesetiaan dan keikhlasan dalam melaksana tanggungjawab sebagai gandingan untuk memperjuang untung nasib rakyat Sabah.

“Kita tidak mahu lagi krisis dalaman yang mengganggu usaha membangunkan Sabah,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Pemain industri Sabah digalak guna teknologi dron dalam operasi – Hajiji

Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah menegaskan, apa yang penting kerjasama itu menjadi faktor kekuatan dan kemenangan calon BN.

“Dari awal lagi UMNO Sabah sudah menjelaskan bahawa masih terlalu awal untuk menyatakan penyertaan dengan mana-mana gabungan parti politik di Sabah.

“Apa yang kita buat hari ini adalah memperkukuh semua jentera parti. Kumpul isu dan maklumat yang akan diguna pakai pada kempen PRN nanti.

“Kita perlu menyusun strategi baharu dan mendekati pihak berkepentingan termasuk pengundi muda untuk memastikan pergolakan politik tidak menjejaskan peluang UMNO dan BN memerintah semula Sabah,” katanya.

Awal Januari lalu, UMNO Sabah membuat keputusan menarik diri daripada kerjasama membentuk Kerajaan Sabah pimpinan GRS selepas hilang kepercayaan terhadap Hajiji.

Bagaimanapun, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO masih berada dalam jemaah Kabinet Sabah sekarang memegang jawatan sebagai Pembantu Menteri.

Tempoh Kerajaan Sabah ketika ini dijadual berakhir pada September 2025, namun wujud khabar angin kemungkinan DUN dibubarkan seawal tahun depan bagi memberi laluan kepada PRN Sabah Ke-17.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat lelaki berpakaian seperti askar, bawa senjata di Kepong

PIHAK polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai pasukan keselamatan dan memiliki senjata dipercayai tiruan...

More Articles Like This