BN teliti calon sesuai tanding PRK DUN Pelangai

Dari Penulis

BARISAN Nasional (BN) sedang meneliti senarai nama beberapa individu yang sesuai untuk diletakkan sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, perbincangan mengenai calon itu telah pun berlangsung dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Kita sudah meneliti bukan sahaja keputusan dalam PRU (Pilihan Raya Umum) lalu tetapi kita berasakan pembangunan DUN Pelangai harus ada kesinambungan dan diteruskan.

“Soal siapa yang akan mewakili BN dan UMNO itu, kita akan perincikan apabila UMNO Bahagian Bentong mengemukakan nama kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk keputusan yang akan kita buat nanti,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Baca artikel berkaitan: Mesyuarat khas PRK DUN Pelangai Khamis – SPR

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penutupan Madani Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena peringatan Hari Polis Ke-216 dan Sambutan Bulan Kemerdekaan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Kerusi DUN Pelangai berhadapan kekosongan luar jangka susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun, Khamis lalu.

Johari adalah antara 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Allahyarham Johari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, adalah seorang tokoh korporat sebelum bertanding pada PRU15.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Khamis ini bagi membincangkan tarikh penting pelaksanaan PRK DUN Pelangai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This