MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempertahankan tindakannya ‘bergurau’ dengan mengetuk kepala seorang wanita dengan gulungan kertas.
Memetik laporan Malaysiakini, Muhammad Sanusi berkata, kejadian itu hanya sebagai cara ‘bergurau’ dengan anak-anak atau individu lebih muda.
Kata beliau, tindakannya itu hanyalah untuk menegur wanita tersebut yang juga seorang pelajar kerana lambat memohon bantuan.
“Lepuk dengan sehelai kertas (surat) saja, bukan dengan kayu.
“Melawak dengan anak-anak, lagu tu (begitu) lah cara kami kat kampung ni melawak.
“Anak tu nak masuk politeknik kelmarin dulu (semalam). Pada hari itu baru bagi surat minta sumbangan. Kena lepuk lah tapi tetap bagi juga RM650 untuk beli barang dia masuk politeknik,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz menegaskan, tindakan Muhammad Sanusi ‘bergurau’ sambil mengetuk kepala seorang wanita dengan gulungan kertas disifatkan perbuatan tidak beradab.

Baca artikel berkaitan: ‘Nak bergurau, jaga adab’, MUDA tegur Sanusi ‘gurau’ ketuk kepala wanita
Dalam ciapan di aplikasi X, Amira Aisya berkata, Muhammad Sanusi seharusnya menjaga kehormatan orang ramai.
Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi 18 saat memaparkan tindakan Muhammad Sanusi yang dilihat ‘bergurau’ dengan mengetuk kepala seorang wanita menggunakan kertas.
Tindakan Menteri Besar Kedah itu kemudiannya disambut gelak ketawa orang sekeliling.
“Biasa,” kata Muhammad Sanusi sambil tersenyum dalam rakaman itu.
ADUN Jeneri itu kemudiannya bergambar dengan wanita berkenaan.
Berdasarkan pakaian Muhammad Sanusi, kejadian itu dipercayai berlaku ketika Menteri Besar itu menyertai sebuah program Funride di Pokok Sena, Sabtu lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

