PEMUDA Perikatan Nasional (PN) akan meneruskan penggunaan logo dan tema Hari Kebangsaan yang dicadangkan oleh mereka sebelum ini.
Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia hanyalah kempen melalui media sosial agar rakyat lebih menghayati dan bersifat patriotik menjelang hari kemerdekaan negara.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu menambah, pihaknya juga tidak akan berunding dengan kerajaan negeri yang ditadbir oleh PN untuk menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan dicadangkan.
“Bukan soal kita pergi berunding dari satu negeri ke satu negeri. Tidak. Tetapi hanya sekadar melontarkan (idea) ke khalayak.
“Kalau kerajaan negeri nak ambil, boleh ambil. Tidak ada masalah. Kalau kerajaan negeri bawah PN merasakan bahawa mereka lebih berminat atau tidak ada masalah dengan tema kerajaan Persekutuan, tidak ada masalah.
“Bagi pihak kita, itu bukan satu isu yang besar,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Baca artikel lain: TSG yakin mampu pertahan gelaran terbaik Asia
Terdahulu, Ahmad Fadhli mengumumkan empat negeri bawah pentadbiran PN mungkin akan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri.
Beliau dilaporkan berkata, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah parti itu berkemungkinan akan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN.
Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, pihaknya akan meneliti perkara berkenaan kerana tidak mahu perbezaan berlaku yang akan mewujudkan jurang serta suasana tidak bersatu padu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

