JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga jam 11 pagi ini.
MetMalaysia menerusi laman media sosial memaklumkan, antara negeri-negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.
Jelas MetMalaysia, di Selangor, lima daerah diramalkan dilanda fenomena itu iaitu Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang manakala dua daerah terlbat di Negeri Sembilan pula adalah Port Dickson serta Rembau.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka melanda Kedah (Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar), Putrajaya, Johor (Tangkak dan Muar) dan Sarawak (Kuching, Serian dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya),” maklum MetMalaysia.
Baca juga: Kes COVID-19 masih lebih 5,000, kebolehjangkitan Perlis tertinggi
MetMalaysia menambah, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

