Keterangan Zeti di mahkamah bukti ‘pengabaian tugas’ Apandi – Tun M

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KENYATAAN Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz di Mahkamah Tinggi pada 28 Julai lalu berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan bukti ‘pengabaian tugas’ bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Justeru, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mempertahankan tindakannya memecat Mohamed Apandi sebaik sahaja beliau memegang tampuk pentadbiran negara pada tahun 2018.

Menurut Dr Mahathir, beliau tersentak selepas membaca laporan media berkaitan kenyataan Zeti di mahkamah.

Beliau mendakwa, satu lagi contoh bahawa Mohamed Apandi telah melakukan pengabaian tugas adalah apabila beliau menolak semua kes terhadap Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak).

Namun katanya, seorang lagi Peguam Negara membawa kes Najib ke mahkamah, tiga mahkamah dan sembilan hakim mendapat Najib bersalah.

“Jelas, Apandi selaku Peguam Negara tidak mengkaji kes itu secara menyeluruh sebelum mengisytiharkan Najib tiada kes untuk dijawab.

“Zeti menyatakan bahawa beliau telah melaporkan kepada Peguam Negara pada masa itu iaitu Apandi perbuatan salah kakitangan 1MDB.

“Tetapi Peguam Negara tidak mengambil sebarang tindakan. Ia seolah-olah pengabaian tugas.

“Laporan (media) bahawa beliau (Mohamed Apandi) gagal mengambil tindakan terhadap siasatan BNM membuktikan bahawa beliau tidak menjalankan tugasnya sebagai Peguam Negara.

“Ini mewajarkan lagi pemecatannya sebagai Peguam Negara,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Baca artikel berkaitan: Klasifikasi 1MDB NFA bukan keputusan sendiri – Apandi

Zeti dalam keterangannya berkata, walaupun bukti terlalu banyak dikumpul dan direkodkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Peguam Negara ketika itu (Apandi) atas sebab yang tidak diketahui pada 11 Sept 2015 memutuskan IP itu diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Mohamed Apandi bagaimanapun menegaskan keputusan untuk mengklasifikasikan kertas siasatan 1MDB sebagai NFA bukan dibuat atas keputusan sendiri.

Sebaliknya, beliau menegaskan, perkara itu dilakukan secara kolektif bersama pasukan petugas di Pejabat Peguam Negara (AGC) ketika itu.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, beliau bersedia untuk pergi ke mahkamah bagi menjelaskan mengapa Apandi perlu disingkirkan daripada jawatan sebagai Peguam Negara.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, apabila Apandi menyaman kerajaan dan beliau, kerajaan telah bersetuju untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah dan memberikan Apandi sejumlah wang yang tidak diketahui untuk menggugurkan tindakan samannya itu.

Dengan kata lain, Dr. Mahathir mendakwa, kerajaan seolah-olah bersetuju bahawa Apandi dipecat secara salah.

“Saya tidak terlibat dalam penyelesaian itu. Saya tidak bersetuju bahawa saya telah memecat Apandi secara salah.

“Peguam Negara seperti itu diberi pampasan dengan jumlah wang yang tidak diketahui tidak mencerminkan dengan baik kedaulatan undang-undang di negara ini,” jelasnya.

Pada 13 Oktober 2020, Apandi menfailkan saman dengan menamakan Dr Mahathir dan kerajaan, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua, memohon antara lain perisytiharan penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu sebagai tidak sah.

Bagaimanapun, pada 15 Februari lalu, kerajaan bersetuju bagi penyelesaian luar mahkamah kes saman tersebut malah ia dikelaskan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This