Genap sebulan dirawat, Tun Mahathir telah dibenar ‘home leave’

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GENAP sebulan dirawat akibat patah tulang pinggul kanan setelah terjatuh di kediamannya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan home leave iaitu pulang dan tidur di kediaman beliau.

Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff dalam kenyataan memaklumkan, Dr Mahathir telah dibenarkan home leave sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun, kata beliau, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu pulang ke Institut Jantung Negara (IJN) di sebelah siang bagi meneruskan rawatan dan pemerhatian pihak perubatan.

Setakat ini, Sufi berkata, pasukan perubatan di IJN berpuas hati dengan tahap kemajuan pemulihan kesihatan serta tindak balas Dr Mahathir terhadap langkah-langkah perubatan dan fisioterapi.

“Walaupun dibenar pulang ke rumah secara berperingkat, Dr Mahathir tetap berada dalam pemantauan pasukan perubatan IJN.

“Pakar perubatan masih menasihat Dr Mahathir tidak menerima pelawat selain keluarga terdekat buat masa ini.

“Dr Mahathir, isteri serta keluarga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bertanyakan tentang keadaan kesihatan beliau dan yang mendoakan kesihatan serta kesejahteraan beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Selepas 22 hari dirawat, Tun Mahathir keluar sebentar nikmati coklat ais

Dimasukkan ke IJN pada 6 Januari lalu

Negarawan berusia 100 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 6 Januari lalu selepas dilapor terjatuh di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan.

Beliau kemudiannya menjalani rawatan fisioterapi tanpa pembedahan setelah perbincangan bersama doktor pakar IJN, Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Hospital Kuala Lumpur.

Pada 27 Januari lalu, Dr Mahathir telah keluar sebentar bagi menikmati segelas coklat ais selepas 22 hari dirawat di IJN.

Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dibawa oleh pegawai-pegawai perubatan IJN ke sebuah kafe yang terletak dalam pusat beli-belah di Damansara.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan di Facebook, Dr Mahathir dilihat memakai baju kemeja berwarna biru dan berkain pelikat.

Beliau dilihat duduk di atas kerusi roda ditemani beberapa pegawai dan pengiring keselamatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This