SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Istiadat Ziarah Makam sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail, hari ini.
Dalam hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, keberangkatan tiba baginda di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru disambut Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Baginda berangkat tiba di Makam Diraja Mahmoodiah itu pada pukul 8.45 pagi.
Baca artikel berkaitan: Sultan Johor kurnia 100 ekor lembu sempena Aidiladha
Turut berangkat, Tunku Aris Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Almarhum Sultan Iskandar; Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.
Majlis berkenaan dipimpin oleh Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad.
Hari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor sejak 1896, setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

