POLIS berjaya merampas dadah jenis syabu bernilai RM520,000 dalam tiga serbuan yang dijalankan sekitar Kuala Lumpur pada malam Jumaat lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, seorang lelaki warga tempatan bersama sepasang suami isteri warga Thailand ditahan dalam serbuan pertama di tepi jalan Taman Pertama Cheras, Kuala Lumpur.
Beliau berkata, pemeriksaan ujian air kencing terhadap suspek berusia 23 hingga 30 tahun itu mendapati positif methamphetamine, ketamine dan ganja.
“Serbuan kedua telah dijalankan di tempat letak kereta Solaris Dutamas, Kuala Lumpur dan membawa kepada penemuan 15 bungkus dadah jenis syabu seberat 16 kilogram dengan nilai RM520,000,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, serbuan ketiga telah dilakukan di sebuah residensi dekat Taman Kobena, Cheras dan menahan seorang wanita Thailand berusia 30 tahun yang dipercayai merupakan perancang utama sindiket dadah ini.
Katanya, sindiket ini telah dikesan bergerak aktif sejak dua bulan lalu dan menjadikan kereta sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diserahkan kepada pembeli.
Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jumlah keseluruhan rampasan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai lebih 30,000 orang penagih.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

