Pemuda maut dihempap forklift

Dari Penulis

SEORANG lelaki disahkan maut selepas dihempap forklift di sebuah kilang dekat Bukit Raja, Klang, tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 12.35 tengah malam.

Beliau berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati seorang lelaki Melayu berusia 18 tahun ditimpa forklift.

“Mangsa mengalami cedera parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi petrol bersubsidi RON95

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya ke atas seorang warga...

More Articles Like This